BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 9, 2009

Ciri-ciri wanita syurga..


Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga.

Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Surga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta'ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Surga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :

"Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)

"Dan di dalam Surga-Surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :

" … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nomor 1557)

Ciri-ciri wanita syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata.
7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua orang tua.
15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta'ala berfirman :

" … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)

sumber: ~lubaina~

Thursday, April 2, 2009

APAKAH ITU KELAB AKHWAT?



PENUBUHAN KELAB AKHWAT
MRSM KEPALA BATAS


PENGENALAN



Bismillahirrahmanirrahim,
Kelab Akhwat ditubuhkan pada tahun 2008 bertujuan untuk mendidik remaja Islam di Maktab Rendah Sains Mara supaya lebih mendekati dan seterusnya memahami Islam dengan lebih baik lagi. ‘Akhwat’ berasal dari perkataan Arab yang bermaksud saudara perempuan. Hal ini bersesuaian dengan matlamat utama kelab ini yang mahu memberi fokus kepada masalah sosial remaja wanita khususnya di dalam maktab seterusnya dapat melahirkan produk muslimah sejati di masa hadapan. InsyaAllah.

Pada awalnya, kelab ini ditubuhkan secara tidak rasmi oleh ‘Ukhuwah’ (badan Dakwah Maktab bagi pihak muslimah ) di bawah lajnah ataupun biro ‘Ziarah’ dan dipantau oleh Ustazah Che Som selaku penasihat bagi kelab ini. Pada awalnya, kelab ini hanya dijadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti pada waktu lapang di mana setiap pelajar akan mempunyai seorang ‘ukhti’ ataupun kakak dan membentuk sebuah halaqah bersama dan membincangkan tajuk – tajuk tertentu yang berkaitan dengan Islam. Walau bagaimanapun, sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar menyebabkan ahli kelab berharap agar aktiviti kelab ini dapat dijalankan dengan lebih giat lagi dan mampu beroperasi secara rasminya di bawah Mrsm Kepala Batas.



Disampng itu, kelab ini juga mendapat kerjasama daripada Syarikat Istimrar Enterprise yang beribu pejabat di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Untuk pengetahuan umum, pada setiap hujung minggu seorang ukhti akan dihantar bagi memberi tazkirah dan membuat halaqah di surau khususnya bagi pelajar perempuan. Kebanyakkan daripada ukhti berkenaan merupakan pelajar Universiti Sains Malaysia yang bernaung di bawah syarikat ini. Kerjasama dengan syarikat ini tidak dikenakan sebarang bayaran kerana salah seorang daripada anggotanya merupakan bekas pelajar Ustazah Che Som ketika mengajar di MRSM Taiping.


MATLAMAT


1- Menarik minat pelajar supaya menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup.
2- Memberi kesedaran tentang kemelut gejala sosial yang melanda dunia remaja wanita Islam.
3- “Prevention better than cure”, Bersesuaian bagi mengelakkan keparahan masalah
sosial dalam kalangan wanita Islam.
4- Menerapkam nilai-nilai Islam dalam diri setiap ahli kelab.
5- Mengasah potensi muslimah di dalam sesebuah organisasi dan melatih teknik komunikasi
dalam kalangan ahli kelab.
6- Mewujudkan generasi bantu-membantu dan berkongsi ilmu melalui sistem musyawwarah di
dalam halaqah
7- Mengeratkan ukhuwah Islamiah dalm kalangan pelajar wanita di maktab.
8- Merupakan salah satu cara agar bekas pelajar dapat membalas jasa guru-gurunya dengan
membantu mendidik adik-adik dari segi akhlak.
9- Mengeratkan hubungan antara bekas pelajar maktab dengan adik-adiknya.
10- Memberi pengisian rohani dan jasmani melalui progaram menarik setiap minggu.


VISI

Sebagai ejen perubahan muslimah kepada yang lebih baik

MISI


Mempersiap muslimah untuk mengoptimasikan segala potensi yang ada bagi mengislahkan diri dan orang lain


MOTO

Allah Ghoyatuna,
Ar-Rasul Qudwatuna,
Al-Quran Dusturunna,
Al-Jihadu Sabililuna,
Al-Mautu Fisabilillah,
Asma Amanina.




LAGU RASMI KELAB AKHWAT
MRSM KEPALA BATAS



DOA RABITHAH HATI

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumimu
Hati ini telah berpadu
Memikul beban dakwahmu
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
Syariatmu dialam maya

Maka ya Allah eratkanlan
Ikatan yang ada (2x)

Kekalkanlah kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah jalan cahayamu
tiada malap terangi alamMu
hidup suburkanlah denagn makrifatmu
tapi jika ingin mematikannnya
matikanlah sebagai syuhada

Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia (2x)




Sebarang pertanyaan mengenai kelab akhwat, boleh hubungi Ana Masara Ahmad Mokhtar (anamuslim_28@yahoo.com ), Siti Nazuha Bt HJ. Ghazali Lee (buri2kupi2@yahoo.com ) dan Nadiah bt Kamarhudin (nadiah_luvislam@yahoo.com.my).. InsyaALLAH..



Sunday, March 22, 2009


"Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah

Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah

Susah dan senang rela bersama...


Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

Tiada sukar untuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku

Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah

Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...


Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup Siti Sarah....


Tabah jiwaku

Setabah umi Nabi Ismail

Mengendong bayinya yang masih merah

Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya pada AllahI

tulah wanita Siti Hajar....


Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah

permaisuri hidup Nabi Ayub….

pasrah dengan dugaan Tuhannya….

walau pernah tersungkur kerana jerat syaitan…

namun ia kembali kerana iman yang kuat…

telah dijanjikan syurga adalah balasannya….

bahagia adalah miliknya…


Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah,

harum tersebar

Bagai wanginya pusara Masyitah....

Saturday, March 21, 2009

Kelab Akhwat