BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 10, 2010





MARHABAN YA RAMADHAN



Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadhan".

Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadhan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramdhan yang mulia ini.

Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadhan.

Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadhan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhar)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)


Selamat berpuasa dan moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadan ini.

Marhaban Ya Ramadhan

سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر




only me.
strive 4 mardhatillah


TAQWA~~

TAQWA

"Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya."

Mengikut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna: .

~ Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman Allah Taala yang tersisip kalimah takwa yang membawa makna tersebut ialah: Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah. (2 : 281)

~ Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman Allah yang maksudnya: Hai sekalian orang yang beriman, bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebanr-benar takwa (taat). (3 : 102)

~ Ketiga, mengandungi maksud, menyucikan hati daripada dosa. Contohnya dalam firman Allah yang mafhumnya: Dan sesiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 : 52)

Kalimah "bertakwa" dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut, kerana kalimah-kalimah "taat" dan "takut" telah disebutkan sebelumnya. dalam ayat di atas. Jadi "bertakwa" dalam ayat di atas bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa, sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudarat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Adapun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".

only me,

strive 4 mardhatillah

Tinggalkan dosa itu..

MENINGGALKAN DOSA

Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah menjauhi dosa.
Ia lambang kekukuhan iman.

"Jauhilah perbuatan haram niscaya kamu menjadi orang yang kuat beribadah." (HR Abu Ya'la)

Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalah amal yang paling utama.
Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama.

Suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada meninggalkan laranganNya.
Kita mudah lihat yang berpuasa tetapi masih bermaksiat.
Bersembahyang tetapi rajin mengumpat atau tidak menutup aurat.

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang menyelamatkan orang islam yang lain dari gangguan lidahnya dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari)

Maimun ibn Mahran telah berkata: "Berzikrullah dengan lisan adalah baik, tetapi yang lebih baik ialah mengingati Allah dengan menghindari perbuatan maksiat."

Imam Hasan al-Basri pula telah berkata: "Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah."


only me,
strive 4 mardhatillah

Monday, August 9, 2010



Seorang budak ditemui sedang menangis oleh seorang lelaki tua.

Lelaki tua itu bertanya, " Mengapa kamu menangis?"

Budak itu menjawab, " Duit saya hilang."

"Berapa jumlah duit kamu yang hilang?' orang tua itu bertanya lagi.

" 50sen," budak itu menjawab sambil teresak-esak.

Oleh kerana kasihan melihat kanak-kanak itu menangis, orang tua itu menyeluk poketnya lalu
memberikannya kepada kanak-kanak itu.

"Nah, ini pak cik berikan sebagai ganti duit kamu yang hilang. Dah jangan menangis lagi."

Setelah itu, dia pun berlalu pergi meninggalkan budak itu. Namun belum jauh berjalan, orang tua itu mendengar budak itu menangis dengan lebih kuat.

"Apa pula kali ini? Bukankah duit kamu telah pun pak cik ganti tadi?"

"Kerana itulah saya menangis.Sekiranya duit saya tadi tidak hilang, sudah tentu saya sekarang ada RM 1.00.Tapi sekarang cuma ada 50sen saja,"jawabnya dan terus menangis.

Kata-kata budak itu membuatkan orang tua tersebut terdiam seketika sambil menggaru-garu kepalanya.



** Ramai manusia yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada dan tidak bersabar dengan apa yang tiada. Jika miskin..ramai yang merintih inginkan kekayaan. Tetapi bila kaya...hati terus gelisah kerana hendakkan lebih kekayaan. Kadang kala yang senang, menjadikan kita kurang tenang.**


~~ JADIKANLAH DIRI KITA SEORANG HAMBA YANG BERSYUKUR ~~ ^_^

only me,
strive 4 mardhatillah

Sunday, August 8, 2010

10 wasiat IMAM SHAFIE..









"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terangterangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.





only me,


strive 4 mardhatillah..

sebuah tempayan retak..

untuk renungan kita bersama wahai kekasih2 ALLAH..

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedang tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa setengah.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa sangat malu akan ketidak sempurnaanya dan merasa sedih kerana ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannya. Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit yang dialaminya, tempayan retak itu berkata kepada tuannya si tukang air, “saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.”

“kenapa?” Tanya si tukang air, “kenapa kamu merasa malu?”

“Selama 2 tahun ini, saya hanya mampu membawa setengah jumlah air yang sepatutnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya. Ini telah membuatkan air yang saya bawa sering keluar sepanjang jalan menuju rumah majikan tuan, kerana kecacatan yang saya alami ini,saya telah membuatkan tuan rugi.”kata tempayan itu.

Si tukang air merasa simpati pada si tempayan retak dan dalam belas kasihannya dia tersenyum sambil berkata,
“ Jika kita kembali ke rumah majikan esok, saya ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan yang kita lalui.”

Keesokan harinya, benar ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan apa yang dikatakan oleh tuannya dan baru ia menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan. Keindahan bunga-bunga itu membuatkan ia terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor dan tempayan retak itu kembali memohon maaf kepada tuannya atas kegagalannya itu.

Si tukang air pun berkata kepada tempayan itu, “ Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tadi tapi tidak ada bunga yang tumbuh di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu?” itu kerana aku selalu menyedari kecacatan mu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang aku memetik bunga-bunga indah itu untuk menghiasi meja majikan kita. Tanpa kamu bagaimana majikan kita dapat menghias rumahnya seindah sekarang.”

Tempayan itu berasa terharu kerana baru menyedari akan kelebihan yang ada pada dirinya.

** Setiap daripada kita mempunyai kekurangan yang tersendiri. Kita semua umpama tempayan retak. Namun Allah menggunakan kekurangan kita untuk menghiasi-Nya. Pada pandangan mata Allah yang Maha Bijaksana, tiada yang terbuang percuma. Jangan pernah bersedih dan takut akan kekurangan yang kita miliki, tapi kenalilah setiap kekurangan dan kelemahan-kelemahan yang kita miliki. Dan ketahuilah di dalam kelemahan dan kekurangan itu kita akan menemui kekuatan dan kelebihan kita yang tersembunyi...**
Salam Mujahadah Buat Semua...Senyum selalu...(^_^)


only me,
strive 4 mardhatillah..

perINgatan BuaT Diri..



Diri ini adalah hamba,
mengikat janji ‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna”

Diri ini terbentuk dari setitis air yang hina,
terpilih dikalangan berjuta.

Diri ini lahir ke dunia,
tanpa tahu menulis dan membaca.

Diri ini lalu menjadi seorang anak
buat kedua ibu bapanya.

Diri ini punya tanggungjawab sebagai kakak,
mahupun adik dikalangan saudaranya.

Diri ini menuntut ilmu untuk agama dan bangsa ,
digelar mahasiswa.

Diri ini adalah sahabat,
cermin buat rakan disekelilingnya.

Diri ini adalah rakyat,
yang mahukan kegemilangan negaranya.

Diri ini adalah bakal isteri,
patuh kepada suaminya.

Diri ini adalah bakal ibu,
mendidik generasi seterusnya.

Diri ini bakal kembali kepadaNya ,
dihisab dan bertemu penciptanya.

----------------------------------------------------------------

‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna” adalah pertanyaan
Allah s.w.t. dan janji kita sebelum dilahirkan di dunia; berdasarkan firman Allah:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
~Surah Al-A'raf, ayat 172~


only me,
strive 4 mardhatillah.