BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 12, 2011

ayah, ibu..saya mahu kahwin..

Assalamualaikum w.b.t..kepada akhwat yang dikasihi sekalian..

         Segala puji-pujian yang selayaknya hanya bagi Allah. Tuhan yg Maha Perkasa lagi Maha Lemah-Lembut terhadap hamba-hambanya Selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
       
         Insya Allah kali ini kita berkongsi sedikit mengenai isu berkahwin pada usia awal dewasa. Untuk adik-adik yang dikasihi Allah,post disini bukan untuk mengajak adik-adik untuk bernikah awal tetapi sama-sama memahami betapa perlunya kita fahami keperluan perkahwinan awal di zaman kita ini. Sama-sama kita renungi dengan kaca mata iman dan taqwa. Wallahu'alam.


Membina baitul muslim dambaan ummah keinginan setiap wanita solehah.

          
Beberapa tahun sebelum bernikah, saya mencari-cari kelebihan berkahwin awal supaya saya termotivasi untuk bernikah awal. Dan ditemui antara kelebihan berkahwin adalah ia menjaga kesucian diri dan hati. Memelihara pandangan dan kehormatan.

Ya, saya pun kemudiaannya berada di fasa yang sama dengan teman-teman, terdorong untuk bernikah untuk menjaga hati...(walaupun belum ada calonnya lagi). Tapi saat ini, saya tidak memandang lagi semua itu sebagai KELEBIHAN berkahwin awal, tapi KEWAJIPAN dan KEUTAMAAN berkahwin awal.

“Susah sangat ke nak jaga hati…??”

“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar…??”

“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang..!??”

“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat….!??”

“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina…!??”

“Janganlah ikut sangat perasaan…”

Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an. Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.

Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham. Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.

Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan. Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.

Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012. Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu. Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.

Komunikasi yang terbatas waktu dulu tidak memungkinkan perkenalan sebulan dua membawa kepada keinginan yang dasyat untuk berzina…! Kita bukan di zaman perlu menunggu dan menaiki bas untuk keluar dating. Kita bukan di zaman mengintai dari jauh buah hati yang sering diingat-ingatkan. Namun, kita berada di zaman yang amat sukar kita tewaskan segala dugaan dan godaan, dengan lemahnya jiwa dan perasaan.

Mak ayah nampak macam kita menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, namun hakikatnya saban waktu kita berdekatan lelaki dan perempuan, dengan terciptanya handphone, laptop etc di samping berkembang majunya cara berkomunikasi dan laman sosial. Mula dengan saling berkenalan di alam kampus atau luar kampus, di alam maya atau alam nyata. Ada handphone, boleh call dan sms berjam-jam melayan suka dan cinta yang mekar tumbuh di jiwa. Bila semakin rapat, boleh bermesra hingga menimbulkan keghairahan hanya melalui telefon.

"Abang.."

"Sayang.."

"Darling.."

"Muah muahss.."

Dari text "...dah makan, buat apa tu" kepada.. "....sayang tidur pakai apa.."

"nanti call kejutkan bangun tahajud ya.. abang nak dengar suara sayang.."

Perasaan orang muda bertali arus dengan gelora cinta, wahai ibu ayah, kami tidak ada kekuatan menepis semua ini. Kalau smartphone, lebih canggih dugaannya untuk menjaga kesucian hati dari segala kemudahan bercinta terhidang depan mata, hanya di telapak tangan. Dulu ada komputer hanya untuk menyiapkan tugasan dan kerja-kerja sebaiknya. Kini ada laptop atau komputer peribadi dilengkapi internet yang menjadi wasilah penting untuk mempertaut hati.

Pilih saja broadband yang bagus atau streamyx.. YM, facebook, twitter dan segala jenis social network ini melajukan curahan perasaan hingga tak mampu dikawal. Curahan perasaan lambat laun membawa kepada bertukar-tukar gambar sendiri tanpa pakaian atau minima sekali. Gambar-gambar kaku kemudiannya dipanjangkan pada video sebenar.

Mak ayah mungkin tak faham dengan kewujudan video calls yang membolehkan bercinta bukan dengan hanya dengan pujuk rayu mesra, malah ada kebebasan untuk mempamerkan keindahan fizikal. Dengan web cam yang jelas gambar dan cantik skrinnya, sendirian di bilik rumah sewa dan asrama masing-masing, siapa yang melarang untuk tidak membuka tubuh pada kekasih seperti malam pertama suami isteri?

Tidak perlu menunggu bas untuk dating, si dia yang punya kereta bersedia mengambil dan menghantar. Di jalan-jalan sunyi, siapa yang kuat untuk tidak ringan-ringan sewaktu cinta kasih meluap-luap memenuhi perasaan? Jika di taman-taman dan kawasan peranginan jua jeram tak ada privasi bercumbu-cumbuan, siapa yang melarang untuk check-in di budget hotel RM9.90 semalam yang makin banyak di sekeliling tempat belajar dan tempat kerja kalian..

Mak dan ayah, kalaupun kami tak berpacaran, di jalanan banyak perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang hingga jiwa kami menjadi resah gelisah.. (ya, ia kesalahan kami tidak merendahkan pandangan). Mak dan ayah, kami tidak mahu terlibat dengan pacaran, namun teman-teman sekeliling banyaknya yang dah 'berdua', kami teringin juga sepertinya..

Mak dan ayah, inilah zaman yang kami berada di dalamnya. Tidaklah kami sekadar menyalahkan zaman, namun kami mencari alternatif menguatkan jiwa dan perasaan. Kami ingin bernikah, bantulah kami menjaga sekeping iman dan akhlak yang makin hilang dengan segala kecanggihan hidup yang datang. Kami ingin bernikah, bantulah kami berumahtangga agar pengajian berjaya diteruskan dan rumahtangga dipelihara dengan matang.

ALLAH berfirman, “…jangan dekati zina…” namun ke manapun kami berpusing, kami seolah-olah terlalu dekat dengan zina. Kami akui kelemahan kami, kami akui kesilapan kami, bantulah kami mencari kehidupan yang suci dan tenang.. Bantulah kami untuk terus di atas jalan kebaikan.

Sunday, June 5, 2011

~Sport Car dan Al-Quran~

Ada Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajian mengharapkan sebuah kereta sport yang berjenama Red Travel Ferrari daripada ayahnya.. lantas si anak menghajatkan kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama.

~Red Travel Ferrari~


si ayah hanya tersenyum.. si anak bertambah yakin andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya tidak lama lagi. Setelah beberapa bulan si anak telah perolehi kejayaan yang cukup cemerlang. hatinya berbunga keriangan.. suatu hari si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. si ayah memuji akan kejayaan anaknya sambil menyatakan betapa bangganya dia sebagai seorang ayah mendapat anak yang cukup cemerlang dalam pelajaran.

Si anak tersenyum puas.. di ruang mataya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya..

~Si anak tersenyum puas~

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak tersenyum. Kotak bertukar tangan. Dia memandang wajah ayahnya dengan sedikit kerisauan. Dia lantas membuka hadiah tanpa sebarang kata.. Penutup kotak di buka.

"Apa semua ini ayah" tanya si anak


~Al-Quran dengan kulit emas~

Dia masih tidak percaya hadiah yang disangkakan sebuah kunci kereta adalah kitab kecil Al Quran. Balutan Al Quran yang sangat cantik dengan cover berkulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya. Terasa dirinya dipermainkan.

Amarah membuak2, nafsu mudanya bergelojak.

"Ayah sengaja hendak mempermainkan saya.. ayah bukan tak tahu betapa saya menyukai kereta, bukannya ayah tak mampu hendak belikan untuk saya. Sudahlah ayah, bukan Al Quran ni yang saya mahu" kata si anak dengan marahnya.

Al Quran itu di hempasnya keatas meja bacaan ayahnya.

Si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi sesaat pun untuk si ayah bersuara. Si anak terus mengemaskan pakaiannya dan meninggalkan banglo mewah milik ayahnya tanpa ucapan.

Selepas kejadian itu, si anak telah berusaha sendiri mencapai kejayaannya.. Si anak mempunyai harta sendiri, seorang isteri dan dua orang anak yang cukup cantik. Hidup si anak cukup bahagia namun hatinya masih lagi sunyi dan tersentuh. Sudah 10 tahun si anak meninggalkan ayahnya tanpa menziarahinya.

Satu hari si anak menerima panggilan telefon dari peguam ayahnya. Berita tentang kematian ayahnya yang baru saja meninggal dunia semalam. Peguam si ayah meminta si anak untuk pulang kerumah agar si anak dapat mewarisi semua harta si ayah kepadanya. Si anak tiba di banglo milik ayahnya. Terlalu banyak kenangan menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya.

Si anak berjalan menghala kebilik bacaan si ayah. Tiba2 hatinya menjadi sebak.. semakin sebak apabila mendapati diatas meja ayahnya masih ada lagi hadiah Al Quran yang dia terima 10 tahun dahulu. Seolah2 si ayah masih setia menunggu mengharapkan kepulangan si anak. Perlahan2 langkahnya menuju ke meja lalu mengambil Al Quran itu sambil membelek2 dengan penuh terharu. TIba2 jatuh sesuatu dari Al Quran itu.

"Sampul surat?"

Sampul surat di ambil dan di buka. Alangkah terperanjat si anak apabila isi dalan kandungan sampul itu terdapat kunci, surat dan sekeping resit pembelian kereta idamannya yang telah dilunaskan bayaran oleh si ayah pada hari Konvonya.

Si anak membaca sepucuk surat tulisan yang sangat dia kenali..

isi surat tersebut "Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku"

Air mata si anak menitis bagai hujan.. hatinya bagai si tusuk sembilu. Penyesalan mula bertandang namun semunya sudah terlambat..

Pengajaran di sebalik cerita ini adalah..

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
(Surah Ar-Rahman, ayat 47)

Kita adalah hambanya yang hina yang sering mendustakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. 
Tidak semestinya nikmat yang kita perolehi itu didatangkan dalam bentuk yang kita bayangkan.. kadang-kadang ia didatangkan dalam bentuk yang tidak kita  sangkakan.. Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui akan sesuatu..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)


Kita sering mahukan hari yang CERAH tetapi Allah lebih tahu hakikat HUJAN perlu diturunkan..
Oleh itu, janganlah kita berburuk sangka kepada Allah.. Hargailah setiap nikmat yang diberikan-Nya.. walaupun nikmat yang dikurniakannya itu hanya sebesar zarah...

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim, Ayat 7)

Syukur bukan sekadar mengucapkan Alhamdulillah.. tetapi diterjemahkan dalam perbuatan. Jangan dibiarkan nikmat-Nya itu dibalas dengan perbuatan atau ibadah yang tidak setimpal dengan anugerah-Nya..

~salam ukhuwah~

Thursday, June 2, 2011

~Menginstall Iman akibat virus MERAH JAMBU~


Cinta... 
Satu topik yang sangat luas pengetahuannya.. ada yang kata cinta itu dusta belaka.. tapi bagi ana, ia adalah fitrah manusia... suka ana katakan..


"Fitrah tanpa Hidayah boleh menjadi Fitnah"

Namun begitu, cinta selalu disinonimkan dengan virus.. bukan influenza virus.. bukan juga HIV Virus.. tetapi virus CINTA

~Adakah benar cinta itu virus?~

versus


~Virus Sebenar~
Jikalau virus biasa... InsyaAllah akan ketemui penawarnya.. walaupun lambat dan memerlukan kajian yang memakan masa.. namun begitu, bagaimanapula dengan virus cinta@ virus merah jambu yang sedang menular dalam kalangan insan bernama manusia..

Suka ana kaitkan dengan info dari iluvislam.com..


Antara Tanda-tanda awal manusia yang dijangkiti virus ini ialah:
  1. hati tidak tenang  
  2. Suka dan cemburu    
  3. Tidur tak lena dek angau
  4. terbayang-bayang si pujaan hati
~Angau~
Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?


Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahawa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C: ImanCintaIlahi.Exe atau file C: ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Antara penyakit yang paling parah adalah:

  1. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia,
  2. Me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi.
  3. Wahan-supaya sentiasa dapat bersama dengannya..
~Wahan-penyakit yang parah~
Namun begitu.. setiap penyakit pasti ada penawarnya.. bak Hadis Rasulullah, 


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Abu Daud)

Bagaimana caranya?

  1.  Hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe.
  2.  Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan.
  3.  Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.
  4. Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..
Sama-samalah kita renungkan..
sahabat... bila henset kita low bateri.. kita cepat-cepat cari charger.. takut tak sempat balas sms @ call orang tersayang.. tapi bila, Iman kita low..kita buat aper erk???


Maka, sama-samalah kita men-charge iman kita.. :)
Namun begitu, suka ana kaitkan disini dengan apa yang ana baca dari sebuah buku bertajuk "SINERGI" karya Hilal Asyraf


Cinta memang fitrah manusia.. Siapa boleh kawal kalau kita sudah jatuh cinta.. tetapi, cinta haruslah dibina atas dasar keimanan. jangan sekali-kali biarkan cinta mengawal keimanan kita tapi biarkan keimanan kita yang mengawal cinta... 
dan..
Cinta..itu perlu diiringi dengan pengorbanan.. iaitu pengorbanan harta, masa, dan diri kita untuk tarbiyah diri agar kita bersedia membina keluarga yang diredhai-Nya.. 
Ingat.. Jadikan Cinta kita wasilah atau cara yang terbaik untuk kita mendapat keredhaan-Nya.. bukan menjadikan keredhaan-Nya sebagai wasilah untuk mendapatkan cinta... 

Ada orang kata, 
"Cinta ibarat rama-rama, dikejar ia lari.. 
kita hanya perlu menanti agar ia datang menghampiri.."

Maknanya, tak pelu tergesa-gesa mencari cinta.. biar cinta yang datang seiring dengan cinta Allah yang didamba.. persiapkanlah diri untuk menjadi insan yang layak menerima cinta supaya dapat mewujudkan syurga cinta.. iaitu cinta yang membawa pencintanya ke JANNAH atau syurga..

Akhir kata: 
Janganlah dikejar cinta yang tidak diketahui penghujungnya tapi kejarlah Cinta yang pasti akan balasannya.. iaitu cinta Allah yang Maha Esa..

~Salam ukhuwah~